Tips dan Petua Seharian (”,)

LCD vs Plasma TV

May 15, 2009 · Leave a Comment

Liquid Crystal Display Televisions (LCD TV) are televisions that use LCD technology for visual output (producing an image).

Basically, LCD panels are made of two layers of transparent material, which are polarized, and are “glued” together. One of the layers is coated with a special polymer that holds the individual liquid crystals. Current is then passed through individual crystals, which allow the crystals to pass or block light to create images. LCD crystals do not produce their own light, so an external light source, such as florescent bulb is needed for the image created by the LCD to become visible to the viewer.Thanx to Jintex

→ Leave a CommentCategories: gajet · rumah
Tagged: , , ,

SODA PENAIK

May 13, 2009 · Leave a Comment

 

Soda penaik merupakan bahan pembersih semulajadi yang terhebat, daripada kerja-kerja menyahbau ke kerja-kerja mengilat sehinggalah kepada keperluan pembersihan. Letakkan sekotak soda penaik yang telah dibuka ke dalam peti sejuk anda. Ianya akan bertindak menyerap semua bauan yang kurang enak dan menjadikan peti sejuk anda bebas bau. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan soda penaik dengan sedikit air untuk mengilat dan membersihkan peti sejuk atau alatan yang lain seperti periuk belanga, jubin dan juga seramik. Soda penaik juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan yang berkarat. Caranya mudah sahaja, lumurkan pes soda penaik yang telah dicampurkan dengan air ke permukaan berkarat tersebut, biarkan ia larut buat seketika, dan akhir sekali sentalkannya.  
 
 
  Bagi membersihkan periuk dan kuali anda yang mempunyai kesan bakar ataupun sisa-sisa makanan yang sukar ditanggal, cuba larutkan 2 sudu besar soda penaik dengan 1 liter air di dalam periuk atau kuali tersebut. Tunggu sehingga kotoran menjadi lembut, dan kemudian basuhkan ia. Jika perlu, anda juga boleh menggunakan abrasif seperti garam. Untuk kuali yang tidak mudah lekat (non stick) ataupun permukaan lain, tuangkan 1 cawan air dan 2 sudu besar soda penaik ke dalam kuali tersebut dan biarkan campuran tersebut di atas api selama 5-10 minit. Tetapi jangan biarkan campuran tersebut menggelegak ya. Akhir sekali bilaskan dengan air panas beserta sabun.

Kebanyakan kerja-kerja pembersihan sukar ini melibatkan kesan-kesan terbakar pada periuk, kuali dan juga sisa-sisa makanan yang terlekat pada permukaan dapur memasak. Nyalaan biru tulen Gas PETRONAS menghasilkan gas yang lebih bersih, yang memasak makanan anda dengan nyalaan api yang lebih panas tanpa mengotorkan periuk ataupun kuali anda. Kerja-kerja pembersihan juga menjadi lebih mudah dan menyenangkan. Lebih menggembirakan, anda dapat meluangkan lebih masa dengan yang tersayang tanpa perlu membuang waktu dengan kerja-kerja pembersihan di dapur!

→ Leave a CommentCategories: dapur
Tagged: , , ,

JUS LEMON

May 13, 2009 · Leave a Comment

Satu lagi remedi semulajadi yang mudah diperolehi di rumah anda adalah jus lemon, suatu agen pembersih yang kuat dengan bauan sitrus yang menyegarkan. Contohnya di dapur, jus lemon boleh diguna untuk melarutkan sabun dan kotoran yang sukar untuk ditanggalkan, dan mengilatkan alatan yang diperbuat daripada aloi dan juga besi. Anda juga boleh mencampurkan sama ada jus lemon dengan cuka ataupun soda penaik bagi menghasilkan pes pembersih untuk tujuan pembersihan pingan mangkuk, permukaan yang kotor ataupun kotoran akibat tumpahan kopi. Kulit lemon yang diletakkan di dalam tong sampah ataupun tempat pembuangan akan meneutralkan bauan yang kurang enak dan seterusnya mengurangkan bau hapak daripada tong sampah anda.

→ Leave a CommentCategories: dapur

CUKA

May 13, 2009 · Leave a Comment

Lupakan sahaja niat anda untuk membeli lima jenis cecair pembersih yang berbeza untuk membersihkan pelbagai bahagian rumah dan dapur anda. Cuba gunakan cuka. Tahukah anda cuka yang terdapat di dapur anda itu sebenarnya adalah sejenis pembersih semulajadi pelbagai guna. Campurkan 1 bahagian air dengan 1 bahagian cuka dan anda sudahpun boleh mula membersihkan pelbagai kotoran yang sukar di rumah. Pembersih yang hebat, bebas kuman dengan bauan yang menyegarkan, cuka tidak akan meninggalkan sebarang bau selepas ia kering. Apabila cuka telahpun dilarutkan dengan air, ianya selamat untuk digunakan ke atas apajua jenis permukaan. Namun, jangan gunakan cuka untuk membersihkan marmar ya! Cuka yang dicampurkan dengan air panas boleh digunakan untuk membersihkan aliran air paip di singki. Ia boleh melancarkan aliran yang tersumbat hanya dengan mencurahkan campuran cuka panas tersebut ke dalam singki. Untuk menanggalkan kotoran tumpahan kopi, lapkan sedikit cuka putih ke atas cawan ataupun periuk dan bilaskan sehingga bersih. Bagi kotoran degil pula, tuangkan cuka ke dalam cawan yang kotor itu dan masukkan cawan tersebut ke dalam ketuhar gelombang mikro selama satu hingga dua minit dan anda akan mendapati cawan tersebut kelihatan seperti baru!

→ Leave a CommentCategories: dapur
Tagged: , , , ,

5 Tip dan Panduan Memilih Langsir

November 26, 2008 · Leave a Comment

Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Tentukan anggaran bajet dan belanja

Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?

2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir

Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda

Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

4. Pilih touch up

Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

5. Beli perkakas tambahan yang lain

Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Tuang air cepat dari botol

March 5, 2008 · Leave a Comment

Pernah tak zaman kanak-kanak dulu maiin sukaneka tuang air dari botol mineral/botol minuman gas? Ini tips dari anak buah aku, kalau nak air tu mengalir laju, semasa mula-mula nak kelaurkan air dari botol, pusing botol ikut/lawan arah jam supaya air dalam botol tu berpusing macam twister. Nanti air yang keluar akan lebih laju daripada tuang seperti biasa kerana ada ruang masuk oksigen untuk tolak air keluar ;)

→ Leave a CommentCategories: permainan
Tagged: , , ,

Plaster ~ buang selumbar

March 4, 2008 · Leave a Comment

Selumbar terlalu kecil untuk ditarik menggunakan tweezer? Tak perlu susah-susah menggunaka jarum. Hanya lekatkan plaster pelekat pada tempat yang terkena selumbar dan tanggalkannya perlahan-lahan selepas lebih kurang 3 hari (gunakan plaster yang lebih kuat untuk masa yang singkat!). Anda akan dapati selumbar itu mudah dibuang.

→ Leave a CommentCategories: kesihatan · stationery
Tagged: ,

Label ~ payung

March 4, 2008 · Leave a Comment

Payung berkualiti mungkin tahan untuk beberapa tahun, tetapi tidak jika anda kehilangannya. Minimumkan risiko  kehilangan yang menguntungkan orang lain dengan cara melekatkan label alamat dan dilitupi dengan pelekat tanpa warna.

→ Leave a CommentCategories: aksesori peribadi · stationery
Tagged: ,

Label Alamat ~ tag

March 4, 2008 · Leave a Comment

Tag beg anda

Label alamat bukan sahaja untuk dilekatkan di atas sampul surat tetapi berguna tatkala mendapatkan barang anda yang hilang supaya pulang ke tangan anda. Letakkan label alamat yang telah dilitupi dengan pelekat tanpa warna (supaya tidak mudah koyak) ke dalam contohnya – beg laptop anda, beg kertas, kotak cermin mata, beg sukan dan pastinya kesemua beg bagasi anda.

→ Leave a CommentCategories: stationery
Tagged: , , , ,

Label ~ gajet

March 4, 2008 · Leave a Comment

Jarang sekali seseorang menginsuranskan peralatan elektronik peribadi / gajet (yang biasanya mahal) seperti telefon bimbit, PDA, kamera digital, pemain MP3 dan sebagainya. Oleh itu, label alamat ini mungkin berguna samada diletak di ruang dalam bersama bateri, atau pada luaran badan peralatan walaupun tiada jaminan ianya segera dipulangkan. At least, polisi ini tidaklah mahal.

→ Leave a CommentCategories: gajet · stationery
Tagged: ,