Tips dan Petua Seharian (“,)

CUKA

May 13, 2009 · Leave a Comment

Lupakan sahaja niat anda untuk membeli lima jenis cecair pembersih yang berbeza untuk membersihkan pelbagai bahagian rumah dan dapur anda. Cuba gunakan cuka. Tahukah anda cuka yang terdapat di dapur anda itu sebenarnya adalah sejenis pembersih semulajadi pelbagai guna. Campurkan 1 bahagian air dengan 1 bahagian cuka dan anda sudahpun boleh mula membersihkan pelbagai kotoran yang sukar di rumah. Pembersih yang hebat, bebas kuman dengan bauan yang menyegarkan, cuka tidak akan meninggalkan sebarang bau selepas ia kering. Apabila cuka telahpun dilarutkan dengan air, ianya selamat untuk digunakan ke atas apajua jenis permukaan. Namun, jangan gunakan cuka untuk membersihkan marmar ya! Cuka yang dicampurkan dengan air panas boleh digunakan untuk membersihkan aliran air paip di singki. Ia boleh melancarkan aliran yang tersumbat hanya dengan mencurahkan campuran cuka panas tersebut ke dalam singki. Untuk menanggalkan kotoran tumpahan kopi, lapkan sedikit cuka putih ke atas cawan ataupun periuk dan bilaskan sehingga bersih. Bagi kotoran degil pula, tuangkan cuka ke dalam cawan yang kotor itu dan masukkan cawan tersebut ke dalam ketuhar gelombang mikro selama satu hingga dua minit dan anda akan mendapati cawan tersebut kelihatan seperti baru!

Categories: dapur
Tagged: , , , ,

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment