SODA PENAIK
| Soda penaik merupakan bahan pembersih semulajadi yang terhebat, daripada kerja-kerja menyahbau ke kerja-kerja mengilat sehinggalah kepada keperluan pembersihan. Letakkan sekotak soda penaik yang telah dibuka ke dalam peti sejuk anda. Ianya akan bertindak menyerap semua bauan yang kurang enak dan menjadikan peti sejuk anda bebas bau. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan soda penaik dengan sedikit air untuk mengilat dan membersihkan peti sejuk atau alatan yang lain seperti periuk belanga, jubin dan juga seramik. Soda penaik juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan yang berkarat. Caranya mudah sahaja, lumurkan pes soda penaik yang telah dicampurkan dengan air ke permukaan berkarat tersebut, biarkan ia larut buat seketika, dan akhir sekali sentalkannya. |
|
| |
| |
 |
|
Bagi membersihkan periuk dan kuali anda yang mempunyai kesan bakar ataupun sisa-sisa makanan yang sukar ditanggal, cuba larutkan 2 sudu besar soda penaik dengan 1 liter air di dalam periuk atau kuali tersebut. Tunggu sehingga kotoran menjadi lembut, dan kemudian basuhkan ia. Jika perlu, anda juga boleh menggunakan abrasif seperti garam. Untuk kuali yang tidak mudah lekat (non stick) ataupun permukaan lain, tuangkan 1 cawan air dan 2 sudu besar soda penaik ke dalam kuali tersebut dan biarkan campuran tersebut di atas api selama 5-10 minit. Tetapi jangan biarkan campuran tersebut menggelegak ya. Akhir sekali bilaskan dengan air panas beserta sabun.
Kebanyakan kerja-kerja pembersihan sukar ini melibatkan kesan-kesan terbakar pada periuk, kuali dan juga sisa-sisa makanan yang terlekat pada permukaan dapur memasak. Nyalaan biru tulen Gas PETRONAS menghasilkan gas yang lebih bersih, yang memasak makanan anda dengan nyalaan api yang lebih panas tanpa mengotorkan periuk ataupun kuali anda. Kerja-kerja pembersihan juga menjadi lebih mudah dan menyenangkan. Lebih menggembirakan, anda dapat meluangkan lebih masa dengan yang tersayang tanpa perlu membuang waktu dengan kerja-kerja pembersihan di dapur! |
|
Categories: dapur
Tagged: dapur, pembersih, periuk, soda penaik
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.