Tips dan Petua Seharian (“,)

Entries categorized as ‘dapur’

SODA PENAIK

May 13, 2009 · Leave a Comment

 

Soda penaik merupakan bahan pembersih semulajadi yang terhebat, daripada kerja-kerja menyahbau ke kerja-kerja mengilat sehinggalah kepada keperluan pembersihan. Letakkan sekotak soda penaik yang telah dibuka ke dalam peti sejuk anda. Ianya akan bertindak menyerap semua bauan yang kurang enak dan menjadikan peti sejuk anda bebas bau. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan soda penaik dengan sedikit air untuk mengilat dan membersihkan peti sejuk atau alatan yang lain seperti periuk belanga, jubin dan juga seramik. Soda penaik juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan yang berkarat. Caranya mudah sahaja, lumurkan pes soda penaik yang telah dicampurkan dengan air ke permukaan berkarat tersebut, biarkan ia larut buat seketika, dan akhir sekali sentalkannya.  
 
 
  Bagi membersihkan periuk dan kuali anda yang mempunyai kesan bakar ataupun sisa-sisa makanan yang sukar ditanggal, cuba larutkan 2 sudu besar soda penaik dengan 1 liter air di dalam periuk atau kuali tersebut. Tunggu sehingga kotoran menjadi lembut, dan kemudian basuhkan ia. Jika perlu, anda juga boleh menggunakan abrasif seperti garam. Untuk kuali yang tidak mudah lekat (non stick) ataupun permukaan lain, tuangkan 1 cawan air dan 2 sudu besar soda penaik ke dalam kuali tersebut dan biarkan campuran tersebut di atas api selama 5-10 minit. Tetapi jangan biarkan campuran tersebut menggelegak ya. Akhir sekali bilaskan dengan air panas beserta sabun.

Kebanyakan kerja-kerja pembersihan sukar ini melibatkan kesan-kesan terbakar pada periuk, kuali dan juga sisa-sisa makanan yang terlekat pada permukaan dapur memasak. Nyalaan biru tulen Gas PETRONAS menghasilkan gas yang lebih bersih, yang memasak makanan anda dengan nyalaan api yang lebih panas tanpa mengotorkan periuk ataupun kuali anda. Kerja-kerja pembersihan juga menjadi lebih mudah dan menyenangkan. Lebih menggembirakan, anda dapat meluangkan lebih masa dengan yang tersayang tanpa perlu membuang waktu dengan kerja-kerja pembersihan di dapur!

Categories: dapur
Tagged: , , ,

JUS LEMON

May 13, 2009 · Leave a Comment

Satu lagi remedi semulajadi yang mudah diperolehi di rumah anda adalah jus lemon, suatu agen pembersih yang kuat dengan bauan sitrus yang menyegarkan. Contohnya di dapur, jus lemon boleh diguna untuk melarutkan sabun dan kotoran yang sukar untuk ditanggalkan, dan mengilatkan alatan yang diperbuat daripada aloi dan juga besi. Anda juga boleh mencampurkan sama ada jus lemon dengan cuka ataupun soda penaik bagi menghasilkan pes pembersih untuk tujuan pembersihan pingan mangkuk, permukaan yang kotor ataupun kotoran akibat tumpahan kopi. Kulit lemon yang diletakkan di dalam tong sampah ataupun tempat pembuangan akan meneutralkan bauan yang kurang enak dan seterusnya mengurangkan bau hapak daripada tong sampah anda.

Categories: dapur

CUKA

May 13, 2009 · Leave a Comment

Lupakan sahaja niat anda untuk membeli lima jenis cecair pembersih yang berbeza untuk membersihkan pelbagai bahagian rumah dan dapur anda. Cuba gunakan cuka. Tahukah anda cuka yang terdapat di dapur anda itu sebenarnya adalah sejenis pembersih semulajadi pelbagai guna. Campurkan 1 bahagian air dengan 1 bahagian cuka dan anda sudahpun boleh mula membersihkan pelbagai kotoran yang sukar di rumah. Pembersih yang hebat, bebas kuman dengan bauan yang menyegarkan, cuka tidak akan meninggalkan sebarang bau selepas ia kering. Apabila cuka telahpun dilarutkan dengan air, ianya selamat untuk digunakan ke atas apajua jenis permukaan. Namun, jangan gunakan cuka untuk membersihkan marmar ya! Cuka yang dicampurkan dengan air panas boleh digunakan untuk membersihkan aliran air paip di singki. Ia boleh melancarkan aliran yang tersumbat hanya dengan mencurahkan campuran cuka panas tersebut ke dalam singki. Untuk menanggalkan kotoran tumpahan kopi, lapkan sedikit cuka putih ke atas cawan ataupun periuk dan bilaskan sehingga bersih. Bagi kotoran degil pula, tuangkan cuka ke dalam cawan yang kotor itu dan masukkan cawan tersebut ke dalam ketuhar gelombang mikro selama satu hingga dua minit dan anda akan mendapati cawan tersebut kelihatan seperti baru!

Categories: dapur
Tagged: , , , ,